Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Nov 18, 2022
RM265 / 8.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
22 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pusat Ilmu dan Ekonomi Nur Azim, Batu Pahat terletak di lokasi Kampung Mampan di Jalan Simpang Lima, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Terletak atas tanah seluas 3 ekar yang terletak di tepi jalan Simpang Lima, Parit Sulong. Pusat Ilmu dan Ekonomi Nur Azim, Batu Pahat telah dirangka dan dirancang untuk dijadikan sebuah pusat yang merangkumi 2 aspek iaitu ilmu dan ekonomi.
Melalui perancangan pusat ilmu, Nur Azim mempunyai sebuah Pusat asuhan kanak-kanak Islam yang telah ditubuhkan pada tahun 1999. Penubuhan pusat asuhan ini adalah bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah dan alternatif bagi memberikan pendidikan asas Islam kepada anak-anak kita. Perancangan yang seterusnya adalah untuk menaiktaraf Nur Azim ini bagi menampung pertambahan permintaan pelajar yang semakin bertambah. Nur Azim juga merancang untuk pembinaan surau dan dewan bagi kegunaan masyarakat setempat.
Melalui perancangan pusat ekonomi pula, Nur Azim telah merangka untuk menjadikan pusat ini sebagai pusat ekonomi bagi masyarakat setempat. Dengan mendirikan lot-lot ruang perniagaan dan sebagai hub pengumpulan bagi hasil ekonomi masyarakat sekitar termasuk IKS seperti makanan ringan, hasil kraf serta beberapa perancangan yang lain.
Allah SWT berfirman: “Hai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada ALLAH SWT dan carilah jalan yang mendekat (diri) kepada-Nya dan berjuanglah pada jalan Allah SWT untuk menegakkan Islam supaya kamu beroleh kejayaan.” (Surah Al-Maaidah ayat 35)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 22, 2022
INSTEAD
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 22, 2022