BANTUAN PENDIDIKAN KELAS FARDHU AIN TAHFIZ

Dimulakan pada:
13 Apr, 2026
BANTUAN PENDIDIKAN KELAS FARDHU AIN TAHFIZ
6.17%
RM185
/RM3,000
13
penyumbang
59
baki hari

Tentang Kempen

ANAK-ANAK TAHFIZ SANGAT DAHAGAKAN ILMU AGAMA TERUTAMA ILMU ASAS FARDHU AIN.SAMA-SAMA KITA BANTU MEMBERI KELANCARAN KELAS FARDHU AIN DI TAHFIZ INI.

Ilmu adalah cahaya yang menerangi kehidupan, dan pendidikan agama merupakan asas penting dalam membentuk akhlak serta jati diri seorang Muslim. Anak-anak tahfiz, khususnya yang terdiri daripada golongan yatim dan asnaf, bukan sahaja berusaha menghafal Al-Quran, malah mereka juga memerlukan kefahaman yang kukuh dalam ilmu fardhu ain sebagai panduan dalam kehidupan seharian. Sehubbungan itu, infaq Pendidikan Fardhu Ain diwujudkan sebagai satu usaha murni bagi menyokong keperluan pendidikan mereka.

Kelas fardhu ain merangkumi pembelajaran asas seperti solat, wuduk, akidah, akhlak, serta hukum-hakam yang menjadi tunjang kepada kehidupan seorang Muslim. Tanpa bimbingan yang sempurna dalam bidang ini, anak-anak tahfiz mungkin menghadapi kekangan dalam mengamalkan ilmu yang dipelajari. Oleh itu, penyediaan kelas yang sistematik, bahan pembelajaran yang mencukupi serta tenaga pengajar yang berkelayakan amatlah diperlukan.

Melalui kempen ini, sumbangan orang ramai akan digunakan bagi menampung kos pengurusan kelas fardhu ain seperti penyediaan kitab dan bahan pembelajaran, elaun tenaga pengajar, serta penambahbaikan kemudahan kelas. Setiap ringgit yang diinfaqkan bukan sekadar membantu keperluan fizikal, malah menjadi saham akhirat yang berpanjangan.

Rasulullahﷺ bersabda: “Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang soleh yang memohonkan ampunan untuknya (ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya”

(Hadis Riwayat al-Muslim)

Marilah kita bersama-sama menjayakan Infaq Kelas Fardhu Ain ini. Hulurkan sumbangan anda, tidak kira besar atau kecil, demi memastikan anak-anak tahfiz terus mendapat pendidikan agama yang sempurna. Semoga setiap sumbangan kita menjadi asbab lahirnya generasi Al-Quran yang berilmu, berakhlak mulia, dan memberi manfaat kepada ummah.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 19, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 17, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 17, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 17, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 17, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTUAN PAKEJ PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI KEPADA PELAJAR TERPENCIL
PROGRAM BERKHATAN PERCUMA UNTUK PELAJAR TAHFIDZ MISKIN DAN ASNAF
DANA KECEMASAN BUAT USTAZ FADHIL NOOR