DANA PEMBINAAN KOMPLEKS TAHFIZ UNTUK ANAK YATIM DAN ASNAF

Dimulakan pada:
25 Oct, 2022
DANA PEMBINAAN KOMPLEKS TAHFIZ UNTUK ANAK YATIM DAN ASNAF
100.00%
RM177,274
/RM177,267
8535
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Ayuh sama-sama kita meraih pahala jariah ini dengan membantu pelajar asnaf di Maahad Tahfiz Ar-Ruqaiyyah untuk belajar dengan lebih selesa. Ustaz doakan agar para penderma semua dimurahkan rezeki.
Jumlah pelajar kami adalah seramai 35 pelajar lelaki dan 25 pelajar perempuan yang sedang mengikuti pengajian hafazan di sini. Alhamdulillah semenjak penubuhan, maahad kami telah dapat melahirkan...
Ayuh sama-sama kita meraih pahala jariah ini dengan membantu pelajar asnaf di Maahad Tahfiz Ar-Ruqaiyyah untuk belajar dengan lebih selesa. Ustaz doakan agar para penderma semua dimurahkan rezeki.


Jumlah pelajar kami adalah seramai 35 pelajar lelaki dan 25 pelajar perempuan yang sedang mengikuti pengajian hafazan di sini. Alhamdulillah semenjak penubuhan, maahad kami telah dapat melahirkan 33 orang Huffaz Al-Quran 30 juzuk lelaki dan perempuan.


“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, maka ia menyembunyikan amalnya itu sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”

(Hadis Riwayat Bukhari)



Anak-Anak Tahfiz Bersemangat Nak Jadi Penghafal Al-Quran.


Pelajar tahfiz di sini semangat berusaha bersungguh-sungguh untuk menghafal Al-Quran. Jauh dari sudut hati, dengan kesungguhan mereka ini cubalah anda nilai. Sepatutnya mereka ini sewajarnya diberikan kemudahan tempat belajar yang lebih selesa dan luas seperti tahfiz yang lain.



Keadaan Fasiliti Di Tahfiz Ini Yang Sewajarnya Dibantu Oleh Orang Ramai Untuk Keselesaan Buat Anak-Anak Di Sini.


Buat masa ini pelajar lelaki sedang mengikuti pengajian di bangunan waqaf di atas tanah waqaf MAIS berkeluasan 1 ekar yang mengandungi bangunan surau, kelas dan asrama yang boleh memuatkan sehingga 60 orang pelajar. Bagi pelajar perempuan pula, pihak maahad telah menyewa 1 lot tanah dan rumah yang dijadikan kelas dan asrama pelajar yang boleh menampung seramai 20 orang pelajar tahfiz.



Sebahagian Pelajar-Pelajar Tahfiz Lelaki Dan Perempuan Yang Belajar Di Tahfiz Ini.


Alhamdulillah kami telah diberi tanah wakaf MAIS seluas 2 ekar di Kampung Bukit Kuching, Jeram Selangor iaitu 1KM dari lokasi sekarang dan bercadang untuk membina kompleks tahfiz yang lebih besar dan selesa yang boleh menampung sehingga 300 orang pelajar tahfiz.






Kompleks Tahfiz Ar-Ruqaiyah Yang Kini Dalam Proses Pembinaan. 


Cadangan pembinaan kompleks tahfiz baru kami adalah diatas tanah wakaf Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan pembinaan merangkumi beberapa fasiliti seperti:


1. Masjid

2. Asrama pelajar

3. Kelas pengajian

4. Dewan makan

5. Padang permainan / riadah

6. Rumah guru dan kakitangan


Jadi, dengan anggaran dana yang kami perlukan sekarang iaitu sebanyak RM100,000 mampu memberi impak besar kepada pembinaan kompleks tahfiz di sini.



Keadaan Di Dalam Bangunan Yang Dalam Pembinaan.

Sekarang, pembinaan pejabat pentadbiran serta rumah guru dan kakitangan sedang dijalankan dan seterusnya pembinaan masjid dan asrama pelajar pula akan menyusul pembinaannya selepas ini. Semoga asbab dengan sumbangan anda, kompleks tahfiz ini akan disiapkan secepat mungkin dan anda akan mendapat pahala berterusan selagi mana bangunan Kompleks Tahfiz Ar-Ruqaiyyah ini masih teguh berdiri dan digunakan untuk tujuan yang bermanfaat. 

“Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.”
(Hadis Riwayat Muslim, Ad-Darimi dan Ahmad)

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

05 May 2023

Alhamdulillah, inilah perkembangan hasil sumbangan anda semua. Semoga pahala jariah sentiasa mengalir kepada semua para penginfaq. Jangan berhenti menyumbang agar projek pembinaan Kompleks Tahfiz ini dapat diteruskan dan disiapkan. Masih jauh lagi perjalanan untuk menyiapkan kompleks ini sepenuhnya.


















Ustaz doakan agar semua para penyumbang dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik sepanjang hayat. Amin Ya Rabb

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM7.00
Sep 28, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM5.00
Sep 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM5.00
Sep 02, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 01, 2023

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

SUMBANGAN PEK BERAS 5KG ALAS PERUT WARGA EMAS DHUAFA
INFAK MEMBERI MAKAN GELANDANGAN
SEDEKAH BANTU ORANG TUA YANG HIDUP DALAM KEMISKINAN
HADIAHKAN AL QURAN BARU KEPADA PELAJAR
TELEKUNG SOLAT MANGSA BANJIR SUMATERA
Kempen Sumbangan Tamat