Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT
Dimulakan pada Aug 09, 2022
RM865 / 24.71 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,500
51 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum. Desawarsa ini akibat pendemik Covid19 dan seterusnya kenaikan inflasi di negara kita menyebabkan ramai rakyat terkesan. Apatah lagi dikalangan warga asnaf yang sememangnya menjalani kehidupan yang sukar. Kehidupan menjadi semakin sukar dan pudar. Mencari sesuap nasi dan meletakkan hidangan di atas meja menjadi suatu tugas yang amat berat bagi mereka.
Sedangkan mahu mencari rezeki pun mereka melalui jalan yang berliku apatah lagi membaiki tempat mereka berlindung. Sehubungan dengan itu pihak Persatuan Kebajikan Prihatin Rakyat Batu Pahat terpanggil untuk membantu golongan ini. Kami dapat mengenal pasti seorang warga asnaf bernama Pakcik Abdul Ghani yang mempunyai masalah untuk membaiki rumahnya akibat kekangan kewangan. Beliau memerlukan bantuan untuk membaiki bumbung dan dinding serta tandas rumahnya yang semakin uzur dan usang. Pihak PKPR mengambil inisiatif untuk membantu beliau membaiki keadaan rumahnya.
Dengan bantuan yang bakal dihulurkan maka keadaan rumah Pak Cik Abdul Ghani dapat diperbaiki dan membolehkan beliau dan keluarganya tinggal dengan lebih selesa. Selain itu, diharapkan Pak Cik Abdul Ghani dapat menumpukan perhatian untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupannya dan keluarga.
Rasulullah bersabda "Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat" Hadith Riwayat Muslim
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Aug 11, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 11, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 10, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 10, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 10, 2022