Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERTUBUHAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN UMMAH
Dimulakan pada Jan 13, 2023
RM400 / 4.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
29 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Islamic Baby Toddler Academy (IBTA) adalah sebuah taska untuk anak-anak yang berumur 8 bulan–4 tahun. IBTA ditubuhkan pada tahun 2018 sebagai taska dirumah dibawah pengawasan NGO PACU yang beroperasi di Bandar Baru Bangi, Selangor untuk melestarikan misi dan visi yang digariskan iaitu memacu ummah dengan pendidikan daripada bayi hingga warga emas.
Taska ini ditubuhkan adalah bertujuan membantu ibu bapa yang tergolong dari kalangan B40 dan terpaksa bekerja bagi mencari rezeki tetapi dengan yuran taska yang semakin tinggi di luar sana, ia menyukarkan ibu bapa untuk keluar bekerja. Jadi, dengan adanya penubuhan IBTA ini ia dapat membantu golongan ini kerana yuran yang dikenakan tidak tinggi dan mampu untuk mereka.
Antara objektif penubuhan IBTA adalah menggalakkan pertumbuhan yang positif bagi kanak-kanak dari segi rohani, jasmani, emosi dan juga intelek serta menyediakan persekitaran yang sihat, ceria dan sempurna kepada kanak-kanak dan memberi peluang untuk mereka belajar serta menerokai dunia dan memberi pendedahan pendidikan, pergaulan dan pembinaan asas-asas Islam dalam diri dan kehidupan kanak-kanak.
IBTA juga adalah sebuah taska yang lain daripada taska playschool yang ada di luar sana kerana di sini setiap aktiviti akan di kaitkan dengan ciptaan Allah. Hal ini bertujuan supaya anak-anak ini tahu dan menjadi kebiasaan mereka mendengar perkataan Allah dan kebesarannya. Antara aktiviti yang dijalankan di IBTA adalah:
12 Bulan
1. Pindahkan objek
2. Blocks
3. Zipkan!
4. Wall tape
5. Tape toys
6. Jom sembang
7. Kenali bunyi
12-18 Bulan
1. Ring tower
2. Cut the fruit
3. Right hole
4. Brush your teeth
5. Main doh
6. Puzzle
7. Menconteng
2 Tahun
1. Scoop and transfer
2. Jom Masak!
3. Mewarna
4. Lukisan cat air
5. Lego
6. Sponging activity
7. Bowling
3-4 Tahun
1. Menanam pokok
2. Rasalah saya!
3. Besar atau kecil
4. Kupas kulit telur
5. Tenggelam dan timbul
6. Siapa saya?
7. Friendship bracelet
Aktiviti ini dijalankan setiap hari bagi perkembangan motor anak-anak supaya perkembangan mereka berkembang mengikut peringkat yang telah ditetapkan.
Kos operasi bagi IBTA dalam sebulan mencecah RM10000. Ia termasuk kos gaji pengasuh, sewa penempatan, bil elektrik dan kos-kos kecil yang lain. Yuran yang dibayar oleh ibu bapa tidak mencukupi baki menampung kos-kos operasi kerana asal penubuhan IBTA adalah untuk membantu golongan B40.
Dengan rendah hati kami meminta jasa baik masyarakat di luar sana untuk memberi sedikit sumbangan kepada anak-anak ini supaya mereka terus mendapat pendidikan dan perkembangan mereka berkembang mengikut peringkat umur yang telah ditetapkan. Siapa lagi yang boleh bantu bantu mereka kalau bukan kita sendiri.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
'Fine motor skill dikenali sebagai kemahiran motor halus yang mana ianya melibatkan anggota badan yang kecil seperti pergelanggan tangan dan jari jemari dalam melakukan sesuatu perkara.
'Fine motor skill dikenali sebagai kemahiran motor halus yang mana ianya melibatkan anggota badan yang kecil seperti pergelanggan tangan dan jari jemari dalam melakukan sesuatu perkara.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 18, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 17, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 16, 2023
ABDUL KARIM BIN HUSAIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 16, 2023
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 16, 2023