MAAHAD TAHFIZ IMANIYYAH ZAHIDIYAH (SHAH ALAM)

Aktif sejak Aug 02, 2021

Tentang Penganjur

RM1 Juta diperlukan bagi membaik pulih bangunan lama yang diwaqafkan demi memberi sinar baru buat pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah (Cawangan Shah Alam)

Bangunan yang sedia akan dibaik pulih dengan membina fasiliti yang lengkap. Pembinaan tersebut termasuklah:-

  • Membaik pulih siling sedia ada yang berasaskan asbestos dan kayu.
  • Menyiapkan bilik warden untuk menjaga dan mengajar para tahfiz.
  • Menyiapkan pusat sumber untuk menjadi pusat pembelajaran dan rujukan.
  • Membaik pulih pagar bangunan untuk lebih selamat dan teratur
  • Membuang dan membaikpulih bahagian-bahagian yang sudah rapuh (pintu, bingkai tingkap, bumbung bangunan serta lantai)

Kami harap dermawan memahami situasi kami. Sebuah Maahad Tahfiz tiada bantuan khusus yang diterima untuk kelancaran sistem pentadbiran dan pengurusan. Kerana kekurangan dana yang kadang kala para pengajar perlu keluarkan duit sendiri.

LORONG IKAN KELISA 9, KAMPUNG BUKIT LANCHUNG, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR , 40400, SHAH ALAM, Selangor, Malaysia
salam.matizshahalam@gmail.com
+60107933710
0107993710

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga AllahSWT merahmati dan meredhai kita semua.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Saya sumbang kerana Allah taala..pahala sumbangan ini di sampai kan untuk kedua org tua saya..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga athia beauty empire semakin maju dan kaya

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD SHAH RIZAN BIN JAILANI

2 tahun yang lepas

Ya Allah yg maha kuasa…kau ampunkan lah segala dosa2 ku kedua org tua ku..serta mohon kesembuhan dan kesihatan yg berpanjangan buat diri ku dan kedua org tua ku..aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI NORZIANA BINTI KAMARZAMAN

2 tahun yang lepas

Doakan saya dan suami dikurniakan rezeki zuriat yang soleh & solehah penyejuk mata. Semoga segala doa kebaikan akan kembali kepada kalian..aamin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Mohon doakan saya dan suami dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah,dilimpahkan rezeki,dipermudahkan urusan dunia akhirat,diberi kesihatan dan dipelihara dr segala musibah.Aamiin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: