MAAHAD TAHFIZ IMANIYYAH ZAHIDIYAH (SHAH ALAM)

Aktif sejak Aug 02, 2021

Tentang Penganjur

RM1 Juta diperlukan bagi membaik pulih bangunan lama yang diwaqafkan demi memberi sinar baru buat pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah (Cawangan Shah Alam)

Bangunan yang sedia akan dibaik pulih dengan membina fasiliti yang lengkap. Pembinaan tersebut termasuklah:-

  • Membaik pulih siling sedia ada yang berasaskan asbestos dan kayu.
  • Menyiapkan bilik warden untuk menjaga dan mengajar para tahfiz.
  • Menyiapkan pusat sumber untuk menjadi pusat pembelajaran dan rujukan.
  • Membaik pulih pagar bangunan untuk lebih selamat dan teratur
  • Membuang dan membaikpulih bahagian-bahagian yang sudah rapuh (pintu, bingkai tingkap, bumbung bangunan serta lantai)

Kami harap dermawan memahami situasi kami. Sebuah Maahad Tahfiz tiada bantuan khusus yang diterima untuk kelancaran sistem pentadbiran dan pengurusan. Kerana kekurangan dana yang kadang kala para pengajar perlu keluarkan duit sendiri.

LORONG IKAN KELISA 9, KAMPUNG BUKIT LANCHUNG, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR , 40400, SHAH ALAM, Selangor, Malaysia
salam.matizshahalam@gmail.com
+60107933710
0107993710

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga Allah sentiasa melindungi kita dan terima amal ibadah yang kita lakukan

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah kau permudahkan segala urusan Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah dalam baikpulih bangunan & juga mudahkan bagiku untuk mendapat pekerjaan Yang baik, moga kita semua dalam jagaan Allah. Aamiin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, permudahkan segala urusan maahad tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah dalam baik pulih bangunan & juga mudahkan bagiku mendapat pekerjaan Yg baik. Moga kita sentiasa dalam lindungan Allah. Aamiin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah Ya Tuhanku, terimalah solat kami, sedekah kami, bacaan Al-Quran kami, zikrullah kami, amal kebaikan kami, tempatlah kami dalam Syurga FirdausMu tanpa hisab.Aminnnn.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga urusan kite berjalan lancar dan di permudahkan.. Doakan sy selamat bersalin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MASITAH KAMALUDIN

3 tahun yang lepas

Kurniakanlah kami hidayah berterusan dan tidak meninggalkan solat. Tempatkanlah kami di syurga Firdaus tanpa dihisab dan diazab. Jauhkanlah kami siksa api neraka dan siksa kubur.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: