MAAHAD TAHFIZ IMANIYYAH ZAHIDIYAH (SHAH ALAM)

Aktif sejak Aug 02, 2021

Tentang Penganjur

RM1 Juta diperlukan bagi membaik pulih bangunan lama yang diwaqafkan demi memberi sinar baru buat pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah (Cawangan Shah Alam)

Bangunan yang sedia akan dibaik pulih dengan membina fasiliti yang lengkap. Pembinaan tersebut termasuklah:-

  • Membaik pulih siling sedia ada yang berasaskan asbestos dan kayu.
  • Menyiapkan bilik warden untuk menjaga dan mengajar para tahfiz.
  • Menyiapkan pusat sumber untuk menjadi pusat pembelajaran dan rujukan.
  • Membaik pulih pagar bangunan untuk lebih selamat dan teratur
  • Membuang dan membaikpulih bahagian-bahagian yang sudah rapuh (pintu, bingkai tingkap, bumbung bangunan serta lantai)

Kami harap dermawan memahami situasi kami. Sebuah Maahad Tahfiz tiada bantuan khusus yang diterima untuk kelancaran sistem pentadbiran dan pengurusan. Kerana kekurangan dana yang kadang kala para pengajar perlu keluarkan duit sendiri.

LORONG IKAN KELISA 9, KAMPUNG BUKIT LANCHUNG, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR , 40400, SHAH ALAM, Selangor, Malaysia
salam.matizshahalam@gmail.com
+60107933710
0107993710

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Doakan semua hamba didunia ni dlm lindungan Allah swt.. Moga kite trhindar Dr segala kejahatan. Mati dlm khusnul Khotimah.. Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

3 tahun yang lepas

Kau ampunkan segala dosaku ,dosa ibu ayahku adik beradikku isteriku dan anak2ku dan kesemua umat Islam ya Allah .Berikan kami kesihatan yg baik , lindungilah kami dari wabak & bala bencana .Aamiin YRA

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga Allah SWT menerima sumbangan ini dan mengasihi arwah ibu sy Hjjh Siti Khalijah Hj Mohd Tahir di alam sana. Amin ya rab bal.alamin..

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Doakan anak2 sy jd anak2 yg soleh.bejaya dunia akhirat. Keluarga bahagia hingga kesyurga. Mati dlm husnul khatimah. Dlm keadaan betaubat,dlm redha dan rahmat Allah, dimasukkan ke dlm syurga

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Doakan semoga anak2 sy menjadi anak2 yg soleh, bejaya dunia akhirat, keluarga bahagia hingga ke syurga, hidup dan mati dlm iman utk sy dan semua ahli keluarga sy, dlm keadaan bertaubat pd Allah..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Doakan agar hidup kami sekeluarga dipermudahkan setiap urusan, anak2 yg soleh dan solehah serta dalam rahmat dan redha Allah swt sentiasa.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: