MAAHAD TAHFIZ IMANIYYAH ZAHIDIYAH (SHAH ALAM)

Aktif sejak Aug 02, 2021

Tentang Penganjur

RM1 Juta diperlukan bagi membaik pulih bangunan lama yang diwaqafkan demi memberi sinar baru buat pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah (Cawangan Shah Alam)

Bangunan yang sedia akan dibaik pulih dengan membina fasiliti yang lengkap. Pembinaan tersebut termasuklah:-

  • Membaik pulih siling sedia ada yang berasaskan asbestos dan kayu.
  • Menyiapkan bilik warden untuk menjaga dan mengajar para tahfiz.
  • Menyiapkan pusat sumber untuk menjadi pusat pembelajaran dan rujukan.
  • Membaik pulih pagar bangunan untuk lebih selamat dan teratur
  • Membuang dan membaikpulih bahagian-bahagian yang sudah rapuh (pintu, bingkai tingkap, bumbung bangunan serta lantai)

Kami harap dermawan memahami situasi kami. Sebuah Maahad Tahfiz tiada bantuan khusus yang diterima untuk kelancaran sistem pentadbiran dan pengurusan. Kerana kekurangan dana yang kadang kala para pengajar perlu keluarkan duit sendiri.

LORONG IKAN KELISA 9, KAMPUNG BUKIT LANCHUNG, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR , 40400, SHAH ALAM, Selangor, Malaysia
salam.matizshahalam@gmail.com
+60107933710
0107993710

Doa-Doa #Penyumbang

NOR ZURAH SURIA

2 tahun yang lepas

Sahaja aku bersedekah atas nama ibuku Zainun binti Zainal Abidin, ibu mertuaku Zainab Abas, bapa mertuaku Mat Nawi Mat Hassan, datuk ku Abdul Malek, Zainal Abidin, nenekku Saodah Safar & Syamsiah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga pahala infak ini menjadi asbab Syurga utk kedua ibubapaku dan suamiku dan semoga perniagaan Perfume ku berkembang.Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, sekiranya ini merupakan kebaikan yg kau ganjarkan pahala maka sampaikanlah kpd kedua arwah ibu dan ayahku dan selamatkanlah mereka drpd azab kubur dan fitnahnya. Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan moga dimurahkan rezeki diberi kesihatan yang baik,diterima amalan istiqamah dalam bersedeqah...

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, sekiranya ini merupakan kebaikan yg kau ganjarkan pahala maka sampaikanlah kpd kedua arwah ibu dan ayahku dan selamatkanlah mereka drpd azab kubur dan fitnahnya. Aamiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, sekiranya ada pahala utk sedekahku ini, aku sedekahkannya atas nama arwah ibuku Norleha binti Abdul Halim..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: