ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Jul 13, 2023

RAYUAN INFAQ TELAGA AIR SABAH

RM15,750 / 10.86 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM145,000

530 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan mengajak rakyat Malaysia sama-sama memyumbang untuk membina 3 buah lagi wakaf telaga air di Sabah yang amat memerlukan sumber air bersih.


Setakat ini Iltizam Relief Society telah membina 13 buah telaga air di Sabah, iaitu 12 darinya adalah di pulau-pulau terpencil dan mustahil akan mendapat air paip dari tanah besar. Satu lagi telaga telah dibina di Pitas. Semua 13 telaga air ini sudah membekalkan air bersih kepada penduduk.



Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Memberi air.” (HR Abu Daud)



Semoga Allah memberi ganjaran pahala yang terus mengalir kepada penderma khususnya melalui sumbangan.com ini, seperti air telaga ini mengalir ke rumah-rumah mereka.



Menyedari keperluan penduduk di pulau-pulau ini, Iltizam Relief akan teruskan projek wakaf telaga air di Sabah. Terkini, kami telah melawat 3 buah kampung di utara Pulau Banggi, hampir sempadan Filipina.



Kampung Bantunan



Kampung Semayan



Kampung Sembumbung


Sabah dan pulau-pulaunya adalah kedaulatan negara kita Malaysia. Ada negara jiran cuba menuntut Sabah dari kita. Maka inilah masanya kita tunjuk pulau-pulau ini adalah milik siapa. Kalau bukan rakyat Malaysia, siapa yang akan bantu Sabah?



Air di bawah jambatan adalah air masin


Buah masa ini, kampung-kampung ini berharap air hujan dan air telaga yang mereka korek sendiri. Telaga air yang mereka korek, terdedah kepada pencemaran dan berbahaya. Konsep telaga air Iltizam pula adalah ditutupi, dibina menara air supaya air mudah mengalir ke rumah-rumah penduduk dengan tarikan graviti.


Kos pembinaan amatlah tinggi disebabkan barang binaan perlu dibeli dari tanah besar, disewa bot besar atau kapal untuk diangkut ke Pulau Banggi. Kampung-kampung ini pula air lautnya cetek, oleh itu tidak boleh bot besar ini berlabuh di tepi kampung, perlu kami sewa kenderaan yang sesuai untuk merentas perjalanan 2 jam dari jeti utama di Pulau Banggi, jika cuaca baik. Jika cuaca hujan, perjalan off road akan tergendala, kos akan meningkat kerana kenderaan ini akan disewa mengikut hari.



Pulau-pulau ini tiada harapan akan mendapat air paip, maka telaga air ini akan digunakan lama dan pahala jariah kembali kepada anda. Setiap telaga air kami di Sabah adalah yang dibina akan bermanfaat kepada:


1. Penduduk kampung

2. Masjid / surau

3. Sekolah



Setiap projek telaga air kami bina adalah:


1. Sebuah telaga air

2. Menara tangki air

3. Tangki air yang besar

4. Pam air bermotor

5. Pagar di keliling telaga air untuk keselamatan



Sebab itu kos keseluruhan pembinaan telaga air di Sabah adalah tinggi tetapi amat berbaloi. Usaha kecil kita ini akan membantu mereka tidak lagi perlu bergantung kepada tadahan air hujan untuk bekalan air bersih. Semoga setiap titis air telaga-telaga ini yang membasahi kerongkong mereka nanti diberikan ganjaran yang besar di syurga Allah SWT.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HERMAN BIN ABBAS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM137.00

Nov 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Nov 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Nov 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat