BANTUAN PENDIDIKAN UNTUK GENERASI CEMERLANG AKADEMIK DAN SAHSIAH

RM140 / 0.47 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini dijalankan bagi memenuhi keperluan pendidikan generasi kini untuk terus cemerlang dan seimbang dari segi sahsiah dan akademik.


Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan NGO pendidikan yang menyantuni setiap peringkat umur daripada golongan kanak-kanak sehingga warga emas dan kehidupan mereka serba kekurangan dalam meneruskan kehidupan. PACU mempunyai beberapa inisiatif di bawahnya yang khusus ditubuhkan untuk menguruskan aktiviti pendidikan untuk golongan asnaf secara menyeluruh iaitu Projek Tuisyen Ummah atau dikenali sebagai PROTU.



PROTU ditubuhkan bertujuan untuk menjadi salah satu platform pembangunan pendidikan akademik dan sahsiah yang diterapkan dalam kelas tuisyen mingguan yang disediakan. Di samping itu, pihak PROTU ingin memberi kesedaran kepada anak muda bahawa walaupun kehidupan mereka susah tidak semestinya mereka tidak boleh berjaya menjadi seorang insan yang berguna dan berjaya pada masa akan datang. Tidak dinafikan ramai anak-anak muda sekarang yang terpengaruh dengan ajaran barat, lebih lebih lagi anak-anak yang merasa dirinya tiada masa depan.



Jadi, dengan adanya PROTU ia membuka peluang kepada anak-anak ini untuk belajar secara percuma dalam akademik terutamanya. PROTU menyediakan subjek akademik iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan program kemahiran. Selaras dengan tujuan tersebut, PROTU ingin mencapai beberapa objektif utama iaitu menjadi sebuah platfom pembangunan tuisyen akademik dan sahsiah kepada golongan sasar. Selain itu PROTU juga, ingin membimbing pelajar dalam pembangunan dan pembentukan sahsiah pelajar itu sendiri melalui modul sahsiah mengikut aliran semasa bagi meningkatkan kerohanian setiap pelajar itu sendiri.



PROTU telah membuka banyak cawangan kelas dalam membantu anak-anak muda yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan dalam memberi pendidikan. Antara kelas yang berjaya di buka adalah sekitar Kuala Lumpur, Gombak, Johor, Kedah dan juga kelas di Dumpil, Sabah dengan anggaran 400 orang pelajar secara keseluruhannya.



Kos operasi yang diperlukan bagi menjalankan tuisyen ini adalah lebih kurang RM30,000 sebulan bagi menanggung semua kos kelas. PROTU tidak dapat mengumpulkan dana sebanyak ini tanpa bantuan masyarakat yang sangat prihatin.


Kami memerlukan dana sebanyak RM30,000 bagi meneruskan kelas tuisyen ini dalam mendidik dan membentuk generasi muda sekarang. Melalui sumbangan yang diberikan dapat membantu untuk melahirkan generasi cemerlang yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah ini, semua pihak perlu terlibat dan memainkan peranan masing-masing untuk merealisasikan impian tersebut. Langkah pertama perlu bermula dari kita!


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 13, 2023

Kempen Sumbangan Tamat