Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM45 / 0.23 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000
3 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Mereka yang memeluk Islam ada yang dari golongan profesional seperti doktor, namun tidak ramai. Maka mereka hanya memerlukan bimbingan hingga mereka mampu menjadi Muslim yang sejati.
Ada yang berpendapatan pertengahan (M40), mereka juga memerlukan bimbingan berterusan dan adakala memerlukan bantuan kerana kehilangan pekerjaan setelah memeluk Islam. Kumpulan ini lebih ramai dari kumpulan pertama.
Golongan ketiga adalah Muallaf B40, di mana boleh dipecah kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama B40 masih mampu bertahan dengan adanya bantuan zakat dan PERKIM ditambah dengan pendapatan tetap. Kumpulan kedua B40 pula ialah mereka yang kerja mengambil upah atau gaji harian seperti memotong rumput, klenden lori, kerja pembersihan di sekolah dan sebagainya. Walaupun diberikan bantuan zakat, mereka perlu juga dibantu PERKIM secara berterusan. Jika tidak, mereka tidak mampu meneruskan kelangsungan hidup.
Kita perlu fahami, zakat tidak boleh memberi RM1,000 untuk setiap satu keluarga kerana jumlah asnaf lebih 50 ribu orang. Maka maksimum muallaf boleh terima adalah RM300 sahaja. Sekarang ini, segala harga barang naik. Baru-baru ini harga beras pula yang naik, muallaf diuji berbagai ujian. Ada yang jatuh sakit hingga tidak mampu bekerja lagi, ada yang hilang pekerjaan atau punca pendapatan. Kenaikan harga barang benar-benar memberi kesukaran dalam hidup mereka. Disebabkan masih belum memahami Islam, mereka yang baru memeluk Islam boleh tergugat iman.
PERKIM pula amat bergantung dengan sumbangan orang ramai. Dengan inflasi dan kenaikan harga barangan kini, kami juga mengalami kekurangan dana kerana kurangnya sumbangan yang masuk. Di samping itu, kami turut bertanggungjawab membimbing muallaf yang baru memeluk Islam sehingga pandai solat, pandai mengaji dan faham agama. Kebajikan mereka juga turut diberi perhatian berterusan.
Muallaf yang tiada pengangkutan dan tinggal jauh, PERKIM BTP menyediakan van untuk mengambil dan menghantar semula. Pemandu van itu diberikan sagu hati sahaja. Usaha ini dilakukan untuk memastikan muallaf tidak ketinggalan menghadiri kelas. Namun, tanpa dana, kami akan berada dalam dilema.
Oleh itu, kami merayu kepada sokongan anda sekali lagi untuk membantu PERKIM BTP. Ayuh, menyumbang seikhlas hati. Kami amat-amat memerlukan sumbangan anda sekarang. Masa depan bimbingan dan kebajikan muallaf akan terjejas tanpa bantuan anda. Semoga Allah memberi kemurahan rezeki kepada semua penyumbang.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Anak Muallaf Orang Asli dapat tawaran pengajian di UUM. Ibu dan ayah beliau adalah Muallaf, ayah tidak sihat, ibu pun terpaksa jaga adik beliau OKU seorang.
PERKIM hulurkan sedikit sumbangan tunai yang termampu bagi membantu ibu beliau yang terpaksa mencari wang bagi memenuhi impian anak.
Alhamdulillah, walaupun kekurangan buah-buahan disebabkan dana tidak cukup, PERKIM BTP bersama 62 peserta telah melaksanakan juga street dakwah di Pekan Ijok, Selangor pada hari sambutan Maulidur Rasul.
Antara yang menyertai street dakwah ini adalah muallaf, pelajar tahfiz dan orang awam.
Lebih 140 orang non Muslim telah disantuni dan rata-rata mereka amat terharu kita raikan mereka pada hari kebesaran Islam.
Kami harap anda tonton video ini, terima kasih.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 22, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 19, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 18, 2023