YAYASAN AL HUDA MUSI RAWAS

Dimulakan pada Mar 24, 2023

RAYUAN DERMA IFTAR UNTUK PELAJAR TAHFIZ DAN KELUARGA ASNAF

RM3,835 / 25.57 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

296 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM SEDEKAH IFTAR UNTUK PELAJAR TAHFIZ QURAN DAN KELUARGA ASNAF. SEMOGA MENJADI ASBAB KEBAIKAN UNTUK KITA SEMUA. AMIN.


Bulan suci Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan umat Islam kerana pada bulan ini, baik yang miskin mahupun yang kaya, semuanya bergotong-royong membuat amal ibadah yang terbaik. Jangan biarkan bulan yang mulia ini berlalu tanpa amalan terbaik kita.


“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”

(HR. Tirmidzi no. 807, Ibnu Majah no.1746, dan Ahmad 5: 192)




Kempen ini merupakan salah satu peluang amal yang terbaik untuk kita semua di bulan Ramadhan yang mulia ini melalui program Iftar Ramadhan yang ditujukan kepada pelajar tahfiz Quran dan keluarga asnaf, insyaAllah lebih banyak keberkatan apabila berkongsi iftar bersama mereka. Lebih-lebih lagi mereka adalah penuntut Al-Quran dan keluarga asnaf yang dimakbulkan doa.


“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mengasihi, belas kasihan dan empati antara satu sama lain adalah seperti satu tubuh. Jika salah satu anggotanya merasa sakit, maka seluruh tubuh akan merasakannya dengan berjaga-jaga dan demam.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Pihak pengurusan Aldasira menjemput anda semua untuk bersama-sama menjayakan program kempen ini sehingga ke penghujung Ramadhan. Kami sedar sepenuhnya bahawa tanpa bantuan anda semua program ini mungkin tidak berjalan sebagaimana mestinya. Justeru, dengan segala kerendahan hati kami mendoakan anda semua agar sentiasa diluaskan rezeki, sihat jiwa raga dan dipermudahkan segala kebaikan. 



Pakej makanan yang akan kami sampaikan kepada pelajar Tahfiz Quran dan keluarga asnaf ialah nasi kotak, menu daging rendang dan buah-buahan segar. Ayuh ukirkan senyuman terbaik mereka di bulan Ramadhan yang mulia ini, semoga menjadi asbab kebaikan dunia dan akhirat untuk kita semua. Amin!


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 03, 2023

HAMBA

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 02, 2023

Kempen Sumbangan Tamat