Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM580 / 5.80 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
28 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Masjid An-Nur di Kampung Inaruntung, Pitas, Sabah, jika mengikut standard di Selangor, ia hanyalah sebuah surau. Tetapi di kampung pedalaman ini, dengan hampir 100% penduduk beragama Islam, inilah masjid bagi mereka.
Masjid ini sudah tidak lagi boleh menampung jemaah, khususnya muslimat. Apabila menjelang hari raya atau apa-apa majlis lain, muslimat terpaksa mengalah untuk solat di luar masjid tersebut. Hal ini kerana di dalam masjid tiada lagi ruang, melainkan bercampur dengan muslimin.
Sudah hampir 2 tahun pihak ketua kampung dan pengerusi masjid ini berusaha untuk membesarkan bahagian belakang. Namun, kutipan mingguan masjid ini pun hanya RM25.
Rata-rata penduduk kampung ini juga adalah nelayan miskin.
Masjid ini adalah lambang syiar agama Islam di sini dan menyatukan umat Islam yang ramai juga adalah muallaf.
Muslimat juga perlu solat secara selesa, mereka juga ingin pergi ke masjid dengar kuliah dan solat berjemaah. Terdapat dua fasa baik pulih akan dilaksanakan iaitu menyambung dan membesarkan bahagian belakang masjid untuk membina tempat solat muslimat. Fasa kedua ialah memasang mozek ke seluruh ruang solat masjid ini, termasuk tempat solat muslimat.
Ayuh, menyumbang seikhlas hati. InsyaAllah, anda berpeluang untuk pahala sedekah berterusan. Sekecil mana pun infaq anda, semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik. Aamiin Ya Allah!
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Dengan dana yang ada, kami hanya mampu menaikkan bumbung untuk menyambung belakang surau.
Dana diperlukan lagi untuk tempat solat yang lebih sempurna bagi kaum ibu.
Juga perlu pasang kipas untuk keselesaan.
Surau ini bergantung kepada tenaga solar dan bateri kereta bagi menjana letrik.
Mereka amat memerlukan jenset kerana solar dan bateri kereta tidak mampu menampung untuk penggunaan kipas, PA system dan lampu khususnya waktu malam.
Ayuh bantu kami untuk mengumpul baki dana yang diperlukan.
Alhamdulillah, kerja memasang mozek berjalan lancar. Dalam 2 - 3 hari lagi akan siap.
Kerja membina dewan solat muslimat masih kekurangan dana.
Ayuh tuan / puan yang dermawan.
Masjid ini terletak di pedalaman Sabah, sumbangan anda mengimarahkan lagi Masjid ini khususnya kaum hawa yang terpaksa solat di luar masjid apabila jemaah ramai hadir.
PERKEMBANGAN PEMBINAAN TEMPAT SOLAT MUSLIMAT
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.
11 November 2023 sebahagian barang-barang binaan telah dibeli dan telah dihantar ke lokasi iaitu Masjid Al Amin, Kg Inaruntung, Pitas, Sabah.
Mozek, simen dan barang-barang lain telah pun sampai walaupun jalan becak akibat masih basah selepas hujan.
13 November 2023, kerja-kerja menampak mozek ke seluruh ruang solat Masjid Al-Amin telah bermula.
Kami masih memerlukan dana untuk pembinaan tempat Solat Muslimat.Di Sabah, di pedalaman pun ada gereja. Tetapi anda jarang jumpa masjid atau surau di pedalaman walaupun 73% penduduk Sabah adalah Muslim.
Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan bina masjid?
Projek ini untuk membesarkan Masjid sedia ada di kampung terpencil di Pitas.
Masjid yang bersaiz surau ini tidak mampu menampung jemaah Muslimat kerana terlalu kecil.
Kita bina dewan solat Muslimat supaya mereka tidak ketinggalan solat berjemaah dan kuliah.
Ayuh tuan / puan, pahala jariah menanti kita semua.
Klik di sini untuk menyumbang:
https://sumbangan.com/rayuangbinatempatsolatmuslimat
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 30, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Oct 29, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Oct 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 24, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 23, 2023