Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Mar 10, 2022

RAYUAN DERMA BELI KENDERAAN 4X4

RM405 / 1.01 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM40,000

23 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami amat merayu untuk anda bantu kami membeli sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis pick up yang amat diperlukan untuk kerja-kerja dakwah dan kerja-kerja amal. Ayuh, bantulah kami seikhlas hati.


Apabila berlaku banjir besar di penghujung tahun 2021 dan awal tahun 2022, ternyata yang paling diperlukan adalah kenderaan jenis pick up 4x4. Hal ini kerana kendaraan jenis ini amat sesuai buat buat mereka 


Baru-baru ini kami telah melaksanakan misi dakwah ke kampung Orang Asli. Perjalanan ke kampung ini sahaja terlalu mencabar, hanya boleh dilalui dengan kenderaan pacuan 4 roda sahaja. Dari jalan utama ke kampung ini mengambil masa hampir 2 jam jika cuaca baik, atau lebih lama lagi jika hujan kerana jalan akan berbecak. Padahal hanya 18km dari simpang jalan utama sahaja.




Tujuan kami mendapatkan kenderaan ini adalah akan digunakan untuk : 

- Misi dakwah ke pedalaman iaitu kampung-kampung orang asli

- Misi bencana seperti banjir, khususnya ketika banjir monsun

Untuk kegunaan Gerobok Rezeki (Food Bank) mengambil, membeli serta menyalurkan barang makanan


Antara program yang dalam perancangan jika kami mendapat kenderaan ini dengan kadar yang segera adalah "Misi dakwah ke Pos Lemoi dan Pos Slim", Program "Gerobok Rezeki" kerana kami dapat menghulurkan bantuan dari semasa ke semasa serta "Free Market" buat para peniaga yang tiada kenderaan untuk bergerak ke sana dan ke sini. Kenderaan ini bukan sahaja buat kami tapi manfaat buat kesemua aktivis serta golongon yang memerlukan.


Selain daripada itu, tujuan utama kami ke perkampungan orang asli adalah untuk memberikan pembelajaran yang lebih mendalam terhadap mereka yang menganut agama Islam. 







Adakah anda merasa tercabar seperti kami?


Jika ya, bantulah kami mencari lagi RM40,000 sahaja kerana kami ingin membeli kenderaan pickup jenis Toyota Hilux terpakai pada kondisi yang baik. Antara sebab kami bersetuju kenderaan ini kerana maitainence lebih rendah dan ketahanan (reliability) yang lebih baik.


Maksud sabda Nabi s.a.w: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." (Sahih Muslim No. 1631, al-Nasa’i No. 3651, al-Tirmizi No. 1376 dan Abu Daud No. 2880)


Semoga setiap ringgit yang anda sedekahkan untuk tujuan ini akan diberi ganjaran oleh Allah swt dengan pahala yang terus mengalir selama mana kenderaan ini bermanfaat untuk meneruskan kerja-kerja yang ditinggalkan oleh Baginda s.a.w untuk kita teruskan.


Ayuh, hulurkan sedekah anda hari ini.



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 22, 2022

Kempen Sumbangan Tamat