Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM7,652 / 30.61 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000
324 Penyumbang
Kempen Berakhir!
PROJEK TELAGA AIR 1 DAN 2
Alhamdulillah, masih ingatkah anda bahawa Projek Telaga Air 1 (Fasa 1 dan 2) di Pulau Tanjung Manawali dan Projek Telaga Air 2 di Kampung Bayangan Laut di Pulau Banggi, Sabah, telah pun siap dan kini memberikan air bersih untuk beratus-ratus keluarga dan beribu-ribu orang dapat manfaat di dua-dua pulau tersebut?
Kita juga telah membekalkan air bersih untuk sebuah masjid dan sebuah surau di kedua-dua pulau ini. Ini semua adalah usaha kita bersama, kerana tanpa sumbangan anda tidak mungkin 2 projek telaga air ini berjaya dilaksanakan.
PROJEK TELAGA AIR 3 (BAHARU)
Kini kami lancarkan projek ketiga pula. Kali ini untuk lebih 350 penduduk Kampung Inaruntung, Pitas, Sabah dan juga untuk kegunaan Masjid di sini.
Lokasi kampung ini mengambil masa lebih 3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu dan hanya sesuai menaiki kenderaan pacuan 4x4 kerana jalan-jalan untuk sampai ke sini adalah jalan berturab dan jalan tidak berturap, jalan berbatu dan berpasir. Apabila hujan pula, jalan tanah akan berbecak dan perjalanan akan mengambil lebih lama.
Kenapa buat telaga di sini? Yang pertama, ini adalah permintaan penduduk kampung di sini melalui ketua kampung mereka. Kedua, sama seperti Telaga 1 dan 2 sebelum ini, kampung ini tiada sumber air bersih yang lain selain tadahan air hujan untuk memasak dan minum. Jika mereka ada duit, mereka beli air botol untuk minum. Allahu Akhbar!
Untuk mencuci pula, mereka telah korek sendiri telaga yang cetek, airnya agak kotor dan tidak terurus. Namun mereka tiada pilihan lain. Kampung mereka tepi laut sahaja tetapi air laut tidak pula sesuai untuk mencuci apatah lagi untuk minum.
Oleh kerana mereka telah menemui punca air bawah tanah, maka kami bersetuju memenuhi permintaan ketua kampung di sini untuk membuat telaga air dengan pam air bermotor. Malah, masjid di sini juga bergantung kepada air hujan untuk air bersih.
Berikut adalah pelan pembinaan telaga air di Kampung Inaruntung:
Apabila siap kelak,
1) Pam air bermotor akan digunakan untuk pam air ke tangki yang terletak di atas bukit sebelah masjid.
2) Dari tangki ini, air akan mengalir ke Masjid dan rumah-rumah penduduk kampung dengan tarikan graviti
Apabila siap kelak, telaga air ini akan membekalkan air bersih untuk 92 buah rumah (di mana setiap rumah ada yang mempunyai lebih dari 1 keluarga) serta juga untuk satu-satunya masjid kecil di sini. Untuk makluman, Projek Telaga Air di Malaysia, ini bukan sekadar membina telaga air sahaja, sebaliknya juga membina menara tangki, memasang tangki air dan juga pam air bermotor. Kampung-kampung tersebut pula terletak di pedalaman atau di pulau-pulau sekitar Sabah, oleh itu kos pengangkutan bahan binaan juga amat tinggi. Oleh itu kos keseluruhan membina satu telaga air di Malaysia adalah lebih tinggi dari biasa.
Nota: Beberapa gambar sekitar Kg Inaruntung:
Ayuh tuan / puan, sedikit sumbangan anda mampu mengubah hidup mereka yang tinggal di pedalaman. Jangan tanya apa negara buat untuk kita, tanyalah apa sumbangan kita untuk negara kita.
Harta orang yang suka bersedekah tidak akan berkurang.
ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا
Yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
19/9/2022, Kg Inaruntung, Pitas, Sabah.
Hari ini kami telah melawat telaga ini dan didapati telah ini dibina seperti dikehendaki.
Air didapati banyak, airnya tidak hanyir sedikit pun dan tidak bau langsung
Penduduk kampung amat bersyukur dan amat berterima kasih kepada kita semua kerana penantian begitu lama untuk sumber air bersih kini telah tercapai. Komuniti suku Ubian di kampung nelayan miskin dan terpencil ini tidak lagi perlu bergantung dengan air hujan sahaja dan tidak perlu beli air botol untuk minum.
Terima kasih semua penyumbang.
Pihak surau di kampung ini telah berjanji akan sentiasa mendoakan semua penyumbang telaga air.
Iltizam Relief Society juga telah melawat 2 pulau terpencil yang juga mengharapkan bantuan untuk membina telaga air dengan pam generator.
Insya Allah kami akan buka untuk anda menyumbang dan berwakaf untuk projek telaga air ke 4 dan 5 di Sabah.
Alhamdulillah! Syukur kita Projek Telaga Air dengan pam generator serta tangki air telah siap sepenuhnya di Pitas, Sabah. Wakil kami akan melawat telaga ini pada 19/9/2022 untuk kenal pasti jika pembinaan tiada apa-apa "defects" jika ada maka bayaran baki akan ditahan hingga kontraktor baikinya.
Terima kasih kepada semua penderma, anda boleh niatkannya sebagai wakaf untuk diri sendiri atau keluarga yang tersayang. Semoga Allah memberi ganjaran pahala berterusan kepada semua yang telah menderma.
Insya Allah, kempen ini diteruskan untuk pembinaan telaga air ke 4 pula. Insya Allah telaga ke 4 akan dibina di sebuah pulau di Sabah, di mana pulau ini mereka menadah air hujan untuk bekalan air. Maklumat lanjut akan kami kongsikan setelah kami membuat tinjau dan kajian di pulau tersebut.
𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗚𝗔 𝗔𝗜𝗥 𝗞𝗘 𝟯
𝗣𝗶𝘁𝗮𝘀, 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵
Perkembangan pembinaan telaga ke 3 @ 21/8/2022:
- pemasangan gelung simen (culvert) siap
- kerja-kerja plumbing
- kerja-kerja membina menara tangki air
- kerja-kerja simen
Terima kasih ke atas anda semua yang telah berwakaf dan infaq untuk projek ini.
Kami akan kemaskini perkembangan pembinaan telaga ini dari semasa ke semasa. Insya Allah.
𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗚𝗔 𝗔𝗜𝗥 𝗞𝗘 𝟯
𝗣𝗶𝘁𝗮𝘀, 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵
Perkembangan pembinaan telaga ke 3 @ 18/8/2022:
- mengorek telaga menggunakan jentera excavator
- membina menara untuk tangki air
- Masjid: membuat tempat wuduk muslimat
Terima kasih ke atas anda semua yang telah berwakaf dan infaq untuk projek ini.
Kami akan kemaskini perkembangan pembinaan telaga ini dari semasa ke semasa. Insya Allah.
Alhamdulillah, khabar baik hari ini cuaca mengizinkan dan barang-barang binaan untuk Telaga Air 3 di Pitas sudah sampai dilokasi.
Kenapa perlu cuaca baik ya? Jika hujan, lori tidak boleh lalu situ walaupun tanpa muatan kerana jalan akan becak. Malah kenderaan 4x4 pun akan bergelut untuk melepasinya.
Kerja-kerja pembinaan telah bermula.
Setiap telaga air kami bina juga bukan sekadar telaga air,
- telaga air
- ada menara tangki
- ada pam air bermotor
- air dipam ke tangki
- dari tangki air mengalir ke rumah, masjid, sekolah / tadika
Lokasi kampung-kampung dibina telaga air juga di pedalaman atau pulau, maka kos logistik adalah tinggi.
Sebab itu keseluruhan pembinaan telaga air di Sabah adalah tinggi kosnya tetapi amat berbaloi.
Usaha kecil kita membantu penduduk di sini tidak perlu bergantung kepada tadahan air hujan untuk bekalan air bersih.
Semoga Allah menggantikan sumbangan anda semua dengan yang lebih baik.
Ayuh, teruskan wakaf / infaq kerana kami akan mulakan kerja-kerja Telaga Ke 4 pula apabila siap Telaga 3 ini dalam seminggu ini, insya Allah.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 24, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 23, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 23, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jul 23, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 23, 2022