Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM420 / 6.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
29 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Setiap pada kita akan merasa tua atau lanjut usia sekiranya diberi umur yang panjang oleh Allah SWT. Sesungguhnya tua tidak ada ubatnya dan setiap insan tidak dapat menolak akan takdir tua. Namun, bukan umur yang menjadi ukuran kesempurnaan hidup, akan tetapi yang lebih penting adalah pengisian dalam mengharungi hari-hari tua bagi setiap insan. Bagi mereka yang telah berada pada usia emas ditambah pula berkeadaan uzur dan miskin, sudah pastilah kehidupan amat getir sekali.
Ziarah skuad kami dengan beberapa warga tua asnaf di Selangor baru-baru ini amat menyedihkan apabila mereka ini hidup dengan serba-serbi kekurangan namun bersyukur dapat meneruskan kehidupan dengan adanya bantuan jiran-jiran dan masyarakat kampung. Mereka ini tidak lagi mampu berkerja untuk menyara kehidupan. Di kalangan mereka ada yang uzur, ada yang tiada perkerjaan atau pencen, ada yang berstatus ibu tunggal tanpa keluarga dan ada yang sedang menanggung sakit.
Menginsafi akan kesusahan yang mereka hadapi, pihak Yayayan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan keperluan asas harian berupa makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan duit belanja sebagai usaha untuk meringankan beban yang sedang mereka hadapi. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 30 orang golongan warfa tua asnaf dan miskin yang tinggal di sekitar Selangor dan Lembah Klang.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi membantu golongan asnaf warga tua ini agar mereka dapat meneruskan kehidupan di hujung usia mereka. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Tidaklah orang yang muda itu apabila dia memuliakan orang yang tua disebabkan usianya, melainkan Allah akan menetapkan pada usia tuanya nanti akan ada orang yang memuliakannya.” (HR Al-Tirmizi)
Rasulullah SAW juga ada bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya”.
(HR Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
HAJI ZULLASTREE
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 19, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 19, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 18, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 18, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 18, 2022