Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM470 / 7.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000
24 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dalam meniti kehidupan seharian, betapa indahnya kita yang masih memiliki ibu bapa sebagai tempat untuk menumpang kasih. Majoriti kita sudah pasti tidak pernah merasai betapa sedihnya menjadi anak yatim iaitu kehidupan tanpa belaian kasih sayang dari ibu atau bapa. Tatkala orang lain menikmati belaian kasih sayang dari insan yang bergelar ibu atau bapa, anak-anak yatim tidak memperoleh itu semua bahkan ramai di antara mereka yang terpaksa hidup dan membesar bersama rakan-rakan di pusat-pusat tahfiz atau pusat jagaan akibat kemiskinan.
Ziarah kami ke beberapa pusat tahfiz di negeri Selangor dan Johor baru-baru ini telah menemui anak-anak yatim tahfiz sedang tekun mempelajari dan menghafal Al-Quran. Mereka tinggal bersama rakan-rakan dengan dibimbing oleh tanaga pengaja / ustaz yang dibiayai dengan hasil sumbangan orang ramai. Sesungguhnya mereka amat memerlukan bantuan demi meneruskan kehidupan.
Sebagai usaha untuk menyantuni mereka, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia melalui program Infaq Jumaat pada minggu ini akan menganjurkan program beri makan percuma untuk anak-anak yatim tahfiz. Program jamu makan ini merupakan program rutin pihak kami iaitu dengan menyediakan makanan berupa nasi berlauk, air minum dan buah-buahan berserta sedikit pemberian duit poket. Program ini akan dikhususkan untuk anak-anak yatim tahfiz yang berada di beberapa pusat tahfiz atau madrasah tahfiz persendirian di sekitar Negeri Selangor dan Johor melibatkan anggaran 150 orang pelajar.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Jumaat ini sebagai usaha kita untuk membantu anak-anak yatim tahfiz agar mereka dapat meneruskan kehidupan sebagai pelajar dan penghafaz Al-Quran dengan sempurna. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:
“Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat Muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (HR. Tirmidzi dari Ibnu Abbas)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.” (Al-Baqarah: 220)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Aug 11, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 11, 2023
SEMUT HITAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 11, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 11, 2023
ANIZA BINTI ABU SAMAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 11, 2023