Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM100 / 3.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
6 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Pernahkah kita terfikir bahawa mereka yang hidup susah begitu berkira-kira untuk berbelanja walaupun untuk makan. Ada di antara mereka yang sanggup menahan lapar dengan menahan diri dari makan tengah hari kerana bagi mereka sarapan dan kenyang ketika hendak tidur itu lebih penting supaya dapat tidur lebih nyenyak. Begitulah sebahagian cerita yang kami dengar dari golongan susah yang kami temui di beberapa kawasan di Lembah Klang.
Pada minggu lepas, skuad kami telah pergi ke beberapa lokasi berdekatan PPR Lembah Subang untuk menjamu makan tengah hari kepada golongan B40. Mereka adalah golongan pekerja bawahan yang menerima gaji minima. Mereka sungguh teruja apabila mengetahui bahawa pihak kami menyediakan nasi bungkus percuma berserta air dan buah pisang sebagai pencuci mulut. Bukan mereka tiada duit untuk membeli makanan, akan tetapi pemberian tersebut sedikit sebanyak dapat membantu mereka berjimat ketikamana kos sara hidup ketika ini yang begitu menekan golongan yang susah.
Menyedari akan keperluan kewangan yang mendesak bagi golongan B40 ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) akan meneruskan usaha murni ini dengan memberi makanan percuma berupa nasi bungkus berlauk berserta air minuman dan buah-buahan untuk membantu golongan susah untuk menikmati makan tengah hari. Usaha ini juga diharap mampu memberikan sedikit kelegaan terhadap bebanan kewangan yang mereka hadapi. Sasaran kami untuk program ini akan melibatkan penerima seramai 200 orang kumpulan B40 di Selangor dan Lembah Klang.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) berbesar hati sekiranya Tuan Puan dapat menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program ini dan semoga infaq Tuan/Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Memberi makan kepada orang lain adalah amalan terbaik dan terpuji sepertimana kisah seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW, “Perbuatan apakah yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang Mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (HR. At-Tabrani)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
SALEHUDIN DAN KELUARGA
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 25, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 25, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 25, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 21, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 21, 2022