Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,755 / 29.25 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000
91 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Anak-anak kita yang sedang mengikuti pembelajaran di sekolah sedang menghayati sesi pembelajaran dengan tenang. Mungkin kerana kita telah menyediakan kelengkapan yang cukup untuk mereka samada peralatan menulis, buku yang sempurna mahupun wang saku yang mencukupi. Namun bagaimana nasib murid-murid dan pelajar-pelajar yang susah atau miskin? Mereka terpaksa bersekolah, tetapi demi ilmu mereka gagahkan juga untuk meneruskan pembelajaran dengan serba kekurangan.
Ziarah kami ke beberapa buah sekolah di Lembah Klang atas makluman dari wakil pihak PIBG memaklumkan bahawa ramai pelajar yang belajar dalam serba kekurangan. Mereka ini dari keluarga yang susah atau asnaf. Tiada wang saku ke sekolah bahkan mereka ini sanggup menahan lapar demi tidak mahu menyusahkan orang tua mereka. Hidup di bandar tidak semestinya berada, yang pasti mereka adalah golongan pelajar miskin dan susah.
Oleh itu, atas rasa simpati terhadap murid-murid dan pelajar-pelajar ini, pihak yayasan akan menyalurkan bantuan duit poket atau duit belanja harian ke sekolah. Peralatan pembelajaran juga akan dibantu seperti peralatan menulis, buku log dan sebagainya serta keperluan lain yang dirasakan perlu. Bantuan ini akan mensasarkan murid dan pelajar sekolah yang berjumlah sekitar 100 orang yang berada di beberapa buah sekolah di sekitar Lembah Klang dan Selangor.
Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi melihat murid-murid dan pelajar-pelajar miskin ini diraikan agar semangat mereka untuk belajar bersungguh-sungguh akan terus subur. Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
Rasulullah SAW juga ada bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (HR at-Tabrani)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
NORIMAN BIN MOHD TALIP
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 11, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 11, 2022
SHUKOR JALIL
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 11, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 11, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 10, 2022