Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
26 SEPTEMBER 2022
Proses pembinaan masjid baru Kg Semop dalam keadaan yang masih memerlukan masa yang lama berikutan kekurangan dari segi bahan binaan dan logistik. Untuk membawa bahan binaan ke situ, ianya memerlukan jalan air berikutan belum ada jambatan yang menghubungkan ke Pulau berkenaan. Kos untuk pembinaan juga masih diperlukan berikutan peningkatan kos yang dialami hasil daripada peningkatan harga bahan binaan dan juga kos pengangkutan.
Ayuh bersama kita terus menyumbang bagi merealisasikan masjid berkenaan secepat mungkin untuk kegunaan masyarakat Islam di kawasan berkenaan. Setiap sumbangan daripada Tuan-tuan dan Puan-puan amatlah kami hargai dalam kita terus berinfaq untuk pembinaan masjid ini.
“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588).
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."( Hadis Riwayat Tabrani)
Jom #BuatBaik!
Sumbangan daripada Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian masih sangat diperlukan untuk kita bersama menjayakan kempen ini untuk kebaikan masyarakat Islam di kawasan sekitar Kampung Semop, Daro Sarawak. Sehingga hari ini, tapak baru bagi pembinaan Masjid tersebut masih tidak dapat dilakukan kerja-kerja pembinaan yang terhenti seketika dulu akibat kekurangan dana berikutan peningkatan bahan binaan dan juga kos yang tinggi untuk mengangkut bahan binaan ke kawasan berkenaan.
Hal ini kerana jalan air sangat diperlukan untuk mengangkut bahan binaan tersebut yang agak banyak dan kos yang besar diperlukan untuk mengangkut sekali bahan binaan berkenaan agar kos pengangkutan dapat dijimatkan. InshaALLAH ayuh kita bersama dalam merelalisasikan masjid berkenaan untuk kemudahan Umat ISLAM di sekitar kawasan berkenaan.