Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Surau Al-Hidayah telah diibina pada tahun 1995 (Surau Nurul Hidayah) dan dinamakan semula tahun 2022 sebagai Surau Al-Hidayah yang mana surau ini adalah pusat kegiatan dakwah dan tempat ibadat bagi semua warga SMK Bukit Rokan.
Surau ini bersaiz 20 kaki lebar x 30 kaki Panjang mempunyai tiga buah pintu untuk pergerakan keluar masuk serta mempunyai 2 rak yang ringkas untuk menyimpan sejadah dan kain sembahyang. Peralatan lain yang terdapat di dalam surau ini ialah rehal bertujuan untuk kegunaan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran dan juga mengaji di sini.
Di tapak yang lama kami menghadapi beberapa masalah dan cabaran. Antara cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh surau di bangunan sekarang ialah:
1 Kapasiti ruangan beribadat sempit untuk memuatkan semua Jemaah lelaki dan perempuan solat bersama-sama.
2 Tempat solat wanita tidak berada dalam keadaan yang selamat dan tertutup seperti ruangan solat wanita terbuka dan hanya bertiraikan langsir.
3 Aktiviti-aktiviti terpaksa dihadkan kerana ruangan terbatas seperti aktiviti ko-kurikulum
dan sekolah.
4 Kerap berlaku banjir kilat apabila hujan menyebabkan air masuk kedalam surau.
5 Ruang solat yang sempit menjadikan keadaan panas dan tidak selesa.
6 Murid terdedah kepada binatang berbisa disebabkan surau berdekatan dengan longkang besar
CADANGAN PEMBINAAN SURAU BAHARU
Dengan mengambil kira pelbagai cabaran dan kekangan yang dihadapi, pihak pengurusan telah bersepakat untuk membina surau baharu.
Anggaran kos yang diperlukan untuk membina surau isi adalah sebanyak: RM 400,000.000
Oleh yang demikian, pihak pengurusan surau telah memohon kebenaran membina surau baharu yang telah diluluskan oleh pihak Pejabat Mufti Negeri Sembilan dan mendapat kebenaran daripada JHEAINS untuk mengumpul dana melalui kutipan derma awam dan sumbangan individu, syarikat, pertubuhan, yayasan dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu kami dengan berbesar hati mengalu-alukan derma, sumbangan wang tunai, wakaf dan lain-lain bentuk sumbangan bagi menjayakan pembinaan surau ini.
Buat carian Kempen